Sikap pegawai tinggi punca pembangkang pengaruhi pekerja

9 11 2007

KUALA LUMPUR 14 Ogos – Kegagalan pegawai tinggi kerajaan mendampingi pekerja bawahan dan melaksanakan dasar dengan baik menyebabkan kakitangan awam mudah terpengaruh dengan hasutan pihak tertentu termasuk parti-parti politik.

 

Presiden Kesatuan Kongres Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), N. Siva Subramaniam berkata, pegawai tinggi perlu bertanggungjawab dalam mengawasi tingkah laku pekerja bawahannya dengan menjalin hubungan yang lebih erat.

 

Bagaimanapun katanya, pegawai tinggi kerajaan seperti ketua jabatan seringkali gagal untuk berinteraksi dengan pekerja bawahan bagi menyelami permasalahan mereka.

 

Keadaan ini, jelas Siva Subramaniam mendedahkan pekerja-pekerja bawahan kepada pelbagai persoalan termasuk hasutan pihak luar yang boleh menjejaskan profesionalisme perkhidmatan awam.

 

”Pegawai tinggi kerajaan (seperti ketua jabatan) perlu bertanggungjawab. Mereka sepatutnya memberi perhatian serius kepada masalah pekerja bawahan.

 

”Kadang-kadang dasar dari peringkat atas sangat bagus, tetapi di segi pelaksanaannya gagal,” katanya kepada Utusan hari ini.

 

Beliau diminta mengulas kenyataan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Halim Ali semalam bahawa profesionalisme perkhidmatan awam kini mula tergugat oleh usaha beberapa pihak tertentu termasuk parti-parti politik.

 

Halim berkata, parti-parti politik cuba mempengaruhi pegawai-pegawai awam supaya tidak menyokong dan bertindak menentang kerajaan.

 

Halim memberitahu, perbuatan tersebut mempunyai kesan serius dan jika tidak diawasi, boleh mengakibatkan perpecahan dalam perkhidmatan awam.

 

Siva Subramaniam turut mengakui masalah hasutan di kalangan kakitangan perkhidmatan awam semakin serius dan perlu ditangani segera oleh kerajaan.

 

”Jika tidak, ia akan terus menjejaskan imej perkhidmatan awam di kalangan rakyat,” katanya.

 

Justeru beliau menyarankan agar kerajaan segera mengisi kekosongan jawatan yang ada di dalam perkhidmatan awam sebagai langkah awal untuk mencegah gejala menghasut kakitangan awam terus berleluasa.

Dipetik dari Utusan Malaysia Online (2000)


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: