Pengusaha bas sekolah ugut gantung perkhidmatan

9 11 2007

SUNGAI PETANI 2 Nov. – Pengusaha bas di Kedah mengugut untuk menggantung perkhidmatan bas sekolah pada sesi persekolahan tahun depan jika terus dibebani dengan syarat yang ketat.

 

Pengerusi Jawatankuasa Rayuan Pengusaha Bas Sekolah dan Pekerja Negeri Kedah, Abdul Malik Ghazali berkata, tindakan itu terpaksa diambil kerana syarat-syarat ketat itu menjejaskan hampir 1,000 pengusaha.

 

Menurutnya, antara syarat ketat itu ialah bas sekolah yang berusia lebih 10 tahun hanya boleh melakukan perjalanan tidak melebihi 300 kilometer untuk dua hala.

 

Syarat itu membawa maksud pengusaha bas sekolah tidak boleh menambah pendapatan dengan membawa rombongan pelajar ke destinasi yang jauh.

 

Katanya, pada masa ini, lebih 80 peratus bas sekolah di negeri itu berusia lebih 10 tahun.

 

Menurut Abdul Malik, pihaknya telah mengemukakan memorandum kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid, namun belum mendapat sebarang reaksi.

 

‘‘Kami berasa kecewa dan hairan mengapa kerajaan mengambil tindakan drastik terhadap bas sekolah sedangkan banyak kemalangan melibatkan bas ekspres.

 

 

 

Prosedur

 

‘‘Kami sentiasa mengikut prosedur ketat merangkumi pemeriksaan berkala di Puspakom (Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer) dan kenderaan kami lulus ujian itu,” katanya.

 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan mesyuarat khas bersama pengusaha-pengusaha bas sekolah di sini, malam tadi.

 

Abdul Malik berkata, tindakan yang dikenakan dianggap tidak adil kerana peraturan ketat sedemikian tidak dikenakan terhadap pengusaha bas ekspres dan bas berhenti-henti.

 

‘‘Inilah yang menimbulkan tanda tanya kerana perkhidmatan bas lain juga membawa penumpang kenapa hanya bas sekolah dan bas pekerja dikenakan syarat ketat ini,” tambah beliau.

 

Jelasnya, pengusaha bas sekolah tidak boleh hanya bergantung harap kepada sumber pendapatan membawa dan mengangkut pelajar sahaja tanpa disokong dengan pendapatan dari membawa rombongan pelajar.

 

‘‘Kemerosotan pendapatan juga akan menjejaskan pembayaran balik pinjaman membeli bas,” tegasnya.

 

Justeru, kata beliau, pihaknya akan berusaha untuk mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bagi mengemukakan masalah tersebut.

Dipetik dari Utusan Malaysia Online (2007)


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: