Pekerja asing diambil kerana rakyat tak minat kerja kategori 3D

9 11 2007

KUALA LUMPUR 1 Nov. – Persidangan Dewan Rakyat hari ini diberitahu bahawa kurangnya minat rakyat tempatan dengan kerja-kerja dalam kategori 3D (Difficult, Dirty, Dangerous) iaitu susah, kotor dan berbahaya, menyebabkan kerajaan terpaksa menggunakan khidmat pekerja asing.

 

Setiausaha Parlimen Kementerian Hal-Ehwal Dalam Negeri, Datuk Paduka Abdul Rahman Ibrahim berkata, kategori 3D itu langsung tidak menarik minat rakyat tempatan.

 

“Misalnya, kita mempunyai kawasan ladang yang luas di luar bandar atau pedalaman, tidak mempunyai kemudahan elektrik, pengangkutan dan sebagainya, sama sekali tidak menarik minat orang kita untuk bekerja di sektor itu.

 

“Memandangkan kita perlu membangunkan ekonomi negara, perlu mengeluarkan hasil perladangan, maka mahu tidak mahu kita terpaksa mengambil pekerja asing,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Mohd Zaid Ibrahim (BN-Kota Bharu) di Parlimen hari ini.

 

Beliau berkata, kerajaan sememangnya peka dan seboleh-bolehnya menentukan semua sektor pekerjaan di negara ini diberi keutamaan kepada penduduk tempatan.

 

Katanya, sehingga kini, kerajaan telah memberikan pas pekerja kepada seramai dua juta pekerja asing dan jumlah itu telah mencapai kuota yang telah ditetapkan kerajaan sebelum ini.

 

“Dalam hal ini, kita jangan keliru antara pekerja asing dan pendatang asing. Dua juta telah diberikan pas pekerja dan masih ramai lagi yang ingin masuk ke Malaysia.

 

“Yang menjadi masalah kepada kita ialah mereka yang tidak mendapat pas pekerja, menyeludup masuk tanpa sebarang dokumen rasmi,” katanya.

 

Abdul Rahman berkata, selain menangani masalah pekerja asing, kementerian juga berhadapan dengan dilema kemasukan pelancong dan pelajar asing.

 

Katanya, ’visa-on-arrival’ (VOA) yang diperkenal oleh Kementerian Pelancongan untuk menarik kemasukan pelancong asing disalah guna apabila ada pelancong yang menggunakan kemudahan itu untuk mencari peluang pekerjaan di negara ini.

 

“Kita telah mengemukakan kertas cadangan kepada Kabinet untuk mengkaji semula penggunaan VOA ini pada masa akan datang,” katanya.

 

Pada masa yang sama, hasrat Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk menjadikan Malaysia sebagai hub pendidikan serantau membuka peluang seluasnya kepada pelajar asing untuk belajar di pusat pengajian tinggi tempatan, katanya.

 

Dalam hal ini, beliau berkata, terdapat pelajar yang menyalahgunakan pas pengajian mereka bukan untuk belajar tetapi untuk bekerja.

 

Terdahulu, bagi menjawab soalan asal wakil BN Kota Bharu itu, Setiausaha Parlimen berkata, kerajaan mengutip hasil sebanyak RM1.9 billion daripada pekerja asing.

 

Katanya, hasil itu adalah melalui beberapa bayaran termasuk bayaran levi, visa dan Proses Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS).

 

– Bernama


Tindakan

Information

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s




%d bloggers like this: